ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
1. Kertas Pandora: Tiada pilih kasih, SPRM siasat semua nama yang tersenarai - Azalina
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan, tiada sebarang unsur pilih kasih dalam menyiasat individu yang dikaitkan dalam Kertas Pandora.
2. Kanak-kanak autistik ditemukan lemas di kolam tadahan
Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di sebuah kolam tadahan banjir di Petaling Jaya, pada Selasa.
3. Muhyiddin masih berdepan empat kes rasuah RM232.5 juta
Mahkamah Rayuan mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta dihadapi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk tindakan lanjut.
4. Kelulusan Najib diperlukan sebelum sebarang langkah dibuat dalam operasi 1MDB - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu mahkamah bahawa kelulusan Datuk Seri Najib Tun Razak diperlukan sebelum sebarang langkah dibuat dalam operasi 1MDB.
5. Wan Saiful dakwa diugut sokong PM, ditawar habuan RM1.7 juta
Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa, selepas berkali-kali dihubungi, beliau 'akur' untuk mengadakan pertemuan, bermula pada 17 Januari lalu di sebuah hotel di Bukit Bintang, ibu negara.
6. Cuepacs mahu keistimewaan penjawat awam terima rawatan di IJN, dikekalkan
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan untuk mengekalkan keistimewaan sedia ada yang diterima penjawat awam semasa berkhidmat atau selepas persaraan khususnya berkaitan penerimaan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
7. Kerajaan Perpaduan terbuka kepada rekomendasi, saranan Bersih - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan terbuka kepada sebarang rekomendasi atau saranan daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) khususnya dalam penambahbaikan proses pilihan raya dan reformasi institusi.
8. Jasmine Loo belum buat laporan polis mengenai ancaman daripada Jho Low
Bekas peguam 1Malaysia Development Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau belum membuat laporan polis terhadap ancaman yang diterima daripada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low semasa bertahun-tahun bersembunyi sejak 2018.
9. Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Datuk Mas Ermieyati Samsudin kekal sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan calon Barisan Nasional (BN) Abdul Hakim Abdul Wahid untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
10. Penggunaan elektrik sehingga 600 kWj, bil air tidak dikenakan cukai perkhidmatan - Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Lebih 80 peratus pengguna domestik yang penggunaan elektrik bulanannya sebanyak 600 kilowatt jam (kWj) dan ke bawah akan terus menikmati cukai perkhidmatan sifar bagi bil elektrik mereka, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.
Astro Awani
Wed Feb 28 2024
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Akaun 3: Keputusan KWSP beri pilihan kepada pencarum wajar - Pakar kewangan
Keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi pilihan kepada pencarum tidak memindahkan caruman mereka ke dalam Akaun 3 (Akaun Fleksibel) adalah satu langkah yang wajar.
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Mac 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Januari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 31 Disember 2023.